Tips & Itinerary: Budget Trip ke Bromo 2018 Bawah RM200

by - July 20, 2018

open trip bromo sunrise 2018
8th July 2018

Trip yang tiada dalam plan & main tabrak sahaja. Plan secara serius pun dalam seminggu sebelum jalan. Ini yang paling bajet & simple lah aku cerita ok mengikut pengalaman aku. Harap membantu. 

 

Bagaimana untuk ke Bromo?
Dari Kuala Lumpur, anda boleh memilih Surabaya as entry point anda. Jika dulu AirAsia ada menawarkan penerbangan KL - Solo, namun tidak lagi sekarang. Lagipun, Solo terletak diperbatasan Jawa Tengah. Jadi memilih Solo sebagai entry point jika anda ingin ke Bromo bagi aku kurang convenient.

Untuk flight pulak, banyak airlines yang menawarkan penerbangan direct KL - Surabaya. Antaranya:

  • AirAsia
  • MAS
  • Lion Air
  • Malindo Air

So, anda boleh pilih airlines mana yang anda mahu bersesuaian dengan bajet anda. Dari Surabaya, anda boleh terus ke Malang menaiki bas, van, join travel atau keretapi untuk sampai ke kota Malang. Kenapa Malang? Kerana Malang paling dekat dari Surabaya jika anda ke Bromo berbanding kota lainnya. Yang ni aku akan explain dibawah.

Aku pilih Surabaya as entry point kerana tujuan utama bukanlah ke Bromo, tapi balik kampung hahaha. Boleh baca trip balik kampung aku disini ya:



Bromo ialah sebahagian dari Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Terletak di daerah Pasuruan, Jawa Timur. Untuk ke Bromo biasanya melalui 4 jalur utama; Malang, Pasuruan, Probolinggo & Lumajang. 

Kami pilih Malang as meeting point kerana ada saudara disana. Senang untuk menginap & bersilaturahim. ✌️

Another info penting ialah jika anda memilih jalur Malang, penjalajahan Bromo anda akan bermula dari Perkampungan Wonokitri - Penanjakan - dan seterusnya ke kawasan Pasir Berbisik di bawah.

TAPI, kalau anda memilih jalur Probolinggo, anda akan start daripada bawah which is kawasan Pasir Berbisik & Kawah Bromo.

So, kalau anda memang mau tengok sunrise from the highest view point di Bromo ni. Aku suggest anda ikut jalur Malang - Pasuruan sebab akan direct ke point Penanjakan - Bukit Cinta - Bukit King Kong.

Faham dan jelas???

DAY 1: TULUNGAGUNG - MALANG
  • 3.30pm Depart Tulungagung - Malang
  • 6.00pm Singgah solat & dinner (bekal)
  • 9.00pm Arrive in Kota Malang
  • Overnight in Malang
Notes:
* Untuk ke Malang kami naik kereta sepupu aku (FOC). Perjalanan Tulungagung - Malang ambil masa sekitar 3jam tidak termasuk macet di Kota Malang.
* Untuk kos minyak mungkin sekitar Rp 150k - 200k. Tapi aku tidak bayar kerana sepupu aku tidak mau dibayar. 😂 Terima kasih Mbak Il & Mas Jo! 
* Untuk option lain, boleh naik keretapi Tulungagung - Malang (2jam 30min) harga serendah Rp 105k. Atau naik bas (6jam). Harga tidak pasti.


Penanjakan 1 Sunrise View
                 

DAY 2: MALANG - BROMO
  • 1.00am Pick-up at meeting point
  • 2.30am Arrive at Perkampungan Lereng Bromo (Wonokitri). Tukar OverJeep
  • 3.00am Depart to Bromo
  • 4.00am Arrive at Bromo.
  • Ojek to Penanjakan Rp 100k return
  • Subuh. Toilet Rp 5k
  • 5.00am Ready for sunrise at Penanjakan 1 (spot wajib)
  • 6.30am Ojek ke parkir jeep
  • Jeep to Lautan Pasir
  • Kawah Bromo
  • Pura Luhur Poten
  • Bukit Teletubbies
  • Savanah
  • Menyusur jalan pulang lewat Lembah Widodaren
  • 12.30pm Depart to Kota Malang (meeting point)
  • 2.30pm Arrive at meeting point
 

Notes:
* Objek wisata Bromo mengikut flow - Penanjakan 1, Bukit Kingkong, Bukit Cinta, Lautan Pasir, Kawah Bromo, Pura Luhur Poten, Bukit Teletubbies & Savanah. Tapi kami tidak singgah ke Bukit Kingkong & Cinta kerana macet yang amat. 

*Option objek wisata lainnya - Penanjakan 2, Seruni Point, B29 & Air Terjun Madakaripura. Untuk point-point ini biasanya tergantung pada jalur mana anda lalui. Contohnya Air Terjun Madakaripura (Probolinggo), B29 (Lumajang). Tapi, jika anda mau pergi ke destinasi yang selain dalam itinerary yang diberikan oleh pakej tour anda, yah bisa aja request!

* Untuk pengetahuan, Bromo jadi tumpuan ratusan manusia dalam satu masa. Jadi jangan hairan kalau jalan sepanjang ke Bromo SANGAT macet dengan jeep. Sebab pelawat yang datang dari jalur - jalur yang lain semua akan bertemu disini. Oleh sebab itu, ramai supir jeep tidak sanggup naik langsung ke Penanjakan 1 pada masa itu. Kebetulan pulak time kami pergi ni musim cuti sekolah di Indonesia. Boleh saja cukup sekadar melihat sunrise di Bukit Kingkong, Bukit Cinta ataupun view point lainnya yang lebih rendah secara PERCUMA. Tapi menurut kami, sudah alang-alang sampai lebih baik langsung ke Penanjakan saja lah masbro. Boleh naik ojek Rp 100k return/orang. Nikmati sepuasnya kerana Pak Ojek tunggu sampai selesai.

Penanjakan 1

Open Trip (Rp 300k)
Kerana kami perginya berempat jadi kami pilih Open Trip. Mas Johan, saudara aku tolong bookingkan trip dengan bromokita. Untuk open trip, kami mix dengan 2 orang dari group lain.

Harga all-in; hantar jemput dimeeting point, transport (mobil + overJeep), supir, tip supir, welcoming snack, entrance fee (local rate) & BBM (bahan bakar minyak). 

Notes:
* Sepatutnya untuk open trip, penjemputan di meeting point ialah guna jeep. Tapi rezeki kami, dijemput pakai mobil, tiada cas tambahan. 😃

* Alternatif lain bagi siapa yang mahu lebih adventure, boleh sewa motor/jockey dan ride sendiri instead of jeep. 

Private Trip (Rp 1.2j/6 pax)
Jika ada yang suka untuk trip yang lebih private, atau pergi dalam kumpulan yang ramai (6-7 orang). Boleh join Private trip. Harga pun lebih jimat. 

Facilities lebih kurang sama macam open trip.

Lain - lain
Gunung Batok

* Jika ada yang mau ke Bromo, aku sarankan musim kemarau iaitu sekitar Mei - September. Kerana langit yang clear & tidak mendung. Sunrise juga kelihatan lebih cantik dan Puncak Bromo, Kawah Bromo & Gunung Batok boleh dilihat jelas.

* Dan pastinya disarankan pergi time weekdays & bukannya time cuti sekolah atau weekend. Kami pergi waktu weekend & ngam-ngam waktu liburan anak sekolah di Indonesia. So..... faham - faham lah


Savanah
* Tapi cons ketika pergi pada musim kemarau, rumput Savanah kering dan tidak hijau.

* Tapi kalau ada yang mau rasa pengalaman tengok ais ala-ala salju di Bromo, boleh datang waktu musim sejuk di sini sekitar awal Jun. Musim sejuk di sini jangan expect macam sejuk di luar negara ada salji tu gais 😂 Biasanya suhu sejuk extreme di sini boleh mencecah 2 darjah celcius disebabkan peralihan musim hujan ke musim kemarau. Jadi suhu akan drop secara drastik!
* Bawa pakaian yang sesuai kerana cuaca ketika subuh SEJUK SEJUK SEJUK! Aku sendiri pakai sampai 4 layers! Huhu. Bawa ubatan juga jika anda senang mabuk kerana sepanjang perjalanan anda harus tahan banting & tahan hentak.

Penanjakan 1

* Kalau naik ojek, sepanjang perjalanan jangan lupa mendongak ke langit. Bulan & bintang serta langit diniharinya SANGAT cantik.

* Sampai di kawasan Kawah Bromo, jeep akan berhenti di tempat parkir jeep. Kita kena jalan kaki merentas padang pasir & naik 250 anak tangga untuk sampai ke Kawah Bromo. Bawa mask sebab berdebu & pasir. Kalau tidak larat jalan, boleh naik kuda harga sekitar Rp 50k - 150k. Nego sampai jadi. Time ni memang aku barai teruk sebab penat merentas pasir dengan beratnya debu ku heret dalam kasut lagi. Barai. Tak boleh go sampai kawah Bromo. Sampai Tangga di bawah tu ja then aku gave up. Wahahaha.

Pura Luhur Poten

* Untuk ke Kawah Bromo juga anda akan lalu Pura Luhur Poten (disebut: Purѐ). Sayangnya waktu kami pegi gerbangnya ditutup. So boleh ambil gambar dari luar sajalah. Pura ni tempat sucinya suku Tengger beragama Hindu khususnya dikawasan Gunung Bromo. Suku Tengger ialah dari tinggalan kerajaan Majapahit. Apabila jatuhnya Majapahit dengan kedatangan Islam di Tanah Jawa, ramai masyarakat Majapahit yang masih percaya dengan kepercayaan Hindu melarikan diri ke kawasan pergunungan. Salah satunya Bromo. Sebab itu mereka dikenali dengan wong Tengger atau wong Brama. Begitulah kisah yang diceritakan oleh pakcik aku. 😃

* Just in case anda tiada bawa glove, mafla atau snowcap, ada juga dijual oleh lokal disana. Dikedai-kedai kecil sepanjang jalan juga ada. Tapi based on observation aku, yang dijual di Penanjakan harganya lebih murah. Harga sekitar Rp 10k.

* Di kedai-kedai kecil disana, ada susu jahe untuk menghangatkan badan dari cuaca sejuk. Dan untuk alas perut, disekitar Bukit Cinta ke Penanjakan, ada bakso, gorengan tahu & tempe dijual. Jangan risau kelaparan!

* Di Bukit Teletubbies, ada peniaga-peniaga jualan makanan untuk mengalas perut. Ada es krim, pentolan cilok (Rp 10k/porsi), minuman panas/mineral, bakpao pelbagai perisa, instant noodle.

* Souvenir seperti t-shirt, bunga abadi, fridge magnet juga ada dijual harganya bermula Rp 10k dan ke atas bergantung jenis souvenir.

Honestly, kalau ada rezeki di lain hari Insya Allah memang aku akan repeat ke sini. Dia punya view tu buat teringat-ingat sampai sekarang. Cantik Subhanallah! 😄😄😄


TOTAL BURNT:
Open Trip Rp 300k
Ojek Rp 100k
Souvenir (fridge magnet) Rp 15k
Pentolan Rp 10k
Mineral water Rp 8k (2 botol)

Total = Rp 433k (~RM 123)
RM 1 = ~ Rp 3,570


You May Also Like

3 comments

Disclaimer

*Consumers who use Herbalife Formula 1 twice per day as part of a healthy lifestyle can generally expect to lose around 0.5 to 1 pound per week. Participants in a 12-week, single-blind, study used Formula 1 twice per day (once as a meal and once as a snack) with a reduced calorie diet and a goal of 30 minutes of exercise per day. Participants followed either a high protein diet or a standard protein diet. Participants in both groups lost about 8.5 pounds.
*All product results in this blog are not typical. Individual result may vary
*All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.