5 Makanan Sedap, Murah & Wajib Cuba di Tawau

by - September 18, 2018


Kalau Penang terkenal dengan syurga makanan di Semenanjung. Tawau pula ialah Penang of Sabah. Makanan - makanan di Tawau memang heaven! Kalau tidak, masakan saya sanggup datang ke Tawau jauh - jauh dari KK. Ingat dekat kah? 😂

Bagi siapa yang berkesempatan datang ke Tawau, anda kena cuba sendiri makanan yang saya akan senaraikan dibawah ini ok. 

1. Gado - Gado, Kg. Titingan (Icebox)
From left (clockwise); Gado - gado, Cendol & Soto Banjar
Gado - gado ni sudah tidak asing lagi khususnya di Malaysia & Indonesia. Campuran nasi impit, sayur rebus, tauhu, tempe, keropok & kuah kacang yang sedap mintak ampun. Bagi aku, kesedapan gado - gado tu sendiri terletak sama kuah kacangnya. Kalau sedap kuahnya, maka sedaplah sepinggan gado - gado tu. 😂 Dan bagi aku, gado - gado Icebox ni antara gado - gado tersedap pernah aku rasa. Kuah dia pekat & cukup serba serbi orang bilang. 

Harga, RM5. Harga ok tapi portion nya agak sikit bagi aku. Makan satu piring tidak puas. Makanya, kami order satu piring lagi! Tapi, ada orang cakap ada gado-gado yang lebih murah yang dijual dimotorsikal pusing keliling tu harganya cuma RM2.50. Tapi saya tidak sempat rasa. 

Lokasi: Kg. Titingan (Icebox) berhadapan dengan balai polis. Kedai warna hijau.


2. Soto Banjar, Kg. Titingan (Icebox) 

Lokasinya sama dengan Kedai gado-gado diatas. Soto banjar ni guna soohun, nasi impit, begedel, potongan ayam, telur rebus & kuah soto. Tapi bagi saya rasanya biasa-biasa saja. Pernah makan soto yang lagi sedap dari ini. Tapi, worth trying lah. 

Harga, RM5. 



3. Mee Tauhu, Kedai Kopi Mee Tauhu Borneo 

Tidak sah pegi Tawau kalau tidak makan signature dish Tawau - Mee Tauhu. Mee goreng dimakan dengan tauhu & sambal. Kuah tauhu tu sebenarnya kuah taucu. Tapi yang saya pernah rasa di KK bukannya kuah taucu tapi kuah sos tiram ja. Langsung tidak sama macam yang di Tawau. 

Anda boleh add-on telur mata, peria sumbat, terung sumbat dan maca-macam lagi. 

Harga, RM3.60/set. 


4. Mango Sago & Sanggar Cheese
Onebucks Cafe, Eastern Mall
Tidak sah makan Mango Sago kalau tidak makan dengan Sanggar (Pisang) Cheese. Mango sago - iced mango blended, topped with sago pearls & diced mango. Rasanya sedap, manis & segar. Haha. Pisang cheese pula pisang goreng tabur parutan cheese & gula perang.

Harga Onebucks Cafe: 
Mango Sago - RM5
Pisang Cheese - RM5

First, kami try Mango Sago di Onebucks Cafe di Eastern Plaza. Rasanya sedap. Tapi, besoknya saya try lagi mango sago yang di Indo Cafe. 

Indo Cafe
My verdict? I love OneBucks Cafe punya mango sago & pisang cheese more.

Harga Indo Cafe:
Mango Sago (small) - RM4.50
Pisang Cheese - RM5


5. Ikan Bahulu Tanpa Tulang, Kedai Balikpapan

Tawau jugak terkenal dengan ikan bahulu nya. Ada yang panggil ikan bahulu, bolu, susu. Tapi, apa pun bennda yang sama. Kami order dua set ikan bahulu, add-on satu nasi & tomyam seafood. Memang puas & kenyang. Cuma kurang, tiada lalapan & sambalnya kurang pedas. Kalau ada yang tanya ikan bahulu mana yang paling sedap di Tawau. Honestly, saya tidak tau. Sebab ini first kedai yang kami rasa. Tapi rasanya pun not bad jugaklah. Ada yang cakap kedai ikan bahulu yang famous ialah di Kedai Ikan Goreng TNT. Boleh google.

Set Ikan Bahulu - RM10/set
Tomyam Seafood - RM7 
Total 3 orang - RM31

Tomyam seafood dia murah banding di KK. Harga di KK cekik darah baru tu rasanya? Not even basic. 

Basically, ini sahaja makanan yang saya sempat try di Tawau since hanya 2 hari sahaja di Tawau. Next time boleh pergi lagi untuk food hunting. Hahahahha. Makanan lain yang anda perlu cuba kalau ke Tawau antaranya:




NASI KUNING TAWAU

MARTABAK TAWAU

SAYAP BAKAR TAWAU

KAPURUNG

NASI LALAP TAWAU

ES TELER

&

SRI TITINGAN SEAFOOD

Sri Titingan Seafood

You May Also Like

2 comments

  1. A'yun, please do an entry tentang bercuti di pulau2 sekitar sabah dulu ba...especially sebelah2 sandakan and tawau..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Insya allah nanti aku buat. Lama x pegi pulau niii... :D

      Delete

Disclaimer

*Consumers who use Herbalife Formula 1 twice per day as part of a healthy lifestyle can generally expect to lose around 0.5 to 1 pound per week. Participants in a 12-week, single-blind, study used Formula 1 twice per day (once as a meal and once as a snack) with a reduced calorie diet and a goal of 30 minutes of exercise per day. Participants followed either a high protein diet or a standard protein diet. Participants in both groups lost about 8.5 pounds.
*All product results in this blog are not typical. Individual result may vary
*All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.