Trip ke Jawa Timur - Tulungagung

by - September 04, 2018

Ds. Sidem, Gondang
Lebih kepada trip balik kampung sambil travel sebenanrnya. Sambil menyelam, minum air. 😆


1. FLIGHT

Asalnya, kami beli flight ticket seperti dibawah ni: 

28/6
Air Asia
BKI - KUL (RM 99) 

Air Asia
KUL - DPS (RM 79)

30/6
Air Asia
DPS - SUB (RM 132) 

13/7
Air Asia
JOG - KUL (RM 156.24) 

14/7
Malindo
KUL - BKI (RM 138.86) 

TOTAL = RM 605.10 


TAPI...

Manusia ni hanya merancang. Long story cut short. Due to Mt. Agung erruption in Bali on that 28th, semua flight ke Bali was cancelled! 


Mulanya retime. Then, retime lagi. Finally, cancelled! After more than 24 hrs kami tersadai di KLIA2, akhirnya on 29th kami dapat re-route for free ke Surabaya tu pun dapat flight 5.00 pm. 

Next time lah Bali. Belum rezeki kita kali ini nampaknya. 😆 


2. SURABAYA - TULUNGAGUNG
Sedikit pengenalan, Tulungagung ni salah satu daerah yang terletak di Jawa Timur yang terkenal dengan pembuatan marmar terbesar di Indonesia. Sebab tu TA dikenali dengan 'Kota Marmar'.

Bagaimana untuk ke Tulungagung?
Dari Kuala Lumpur, anda perlu ke Surabaya dahulu. Terdapat beberapa airlines yang menawarkan penerbangan direct dari KUL - SUB tergantung budget anda antaranya AirAsia, Malaysia Airlines, Lion Air & Malindo Air. Flight KUL - SUB ambil masa selama lebih kurang 2 jam 30 minit.

Sampai saja di Surabaya, selain kereta, anda boleh pilih samaada bas ataupun keretapi sebagai mode of transportation anda. Kalau keretaapi, anda boleh turun di Stasiun Tulungagung yang terletak betul-betul ditengah kota TA. Untuk info, waktu di Tanah Jawa  lewat 1 jam berbanding waktu di Malaysia.


Kami landing di Juanda Int. Airport sekitar jam 8.00 pm waktu lokal. Kami direct pulang ke TA. SUB - TA melalui jalur utama Surabaya - Sidoarjo - Mojokerto - Kediri - Tulungagung. Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam dan sepanjang jalan memang sumpah macet cet. Kalau siapa yang sudah pernah ke Indonesia, faham-faham lah macam mana orang sini memandu & keadaan jalan rayanya. Lesen Malaysia dipakai disini gak laku mas bro. Too Fast Too Furious! 😆

Roti 'O diluar Airport Juanda
Berhenti sekejap untuk makan Rawon yang nikmats 👍🏼. Lepas entah berapa kali bangun-tidur-bangun-tidur. Finally, sampai jugak di rumah jam 3.00 am. 😴 

Antara destinasi menarik di Tulungagung:
  • Pantai Coro
  • Pathok Gebang
  • Kedung Tumpang
  • Waduk Wonorejo
  • Ranu Gumbolo
  • Dokar Dreamland
  • Gua Lowo
  • Pantai Popoh
  • Kampung Susu Dynasti
  • dll. 
Kalau mau cuci mata lokasi-lokasi menarik di TA boleh follow instagram @jelajahtulungagung okay gaez.


3. ACCOMMODATION
Memandangan trip balik kampung, semestinya tinggal dirumah family sepanjang trip ini ya. Basically, kami stay dua rumah; Gondang dan Pakel.

Dua - dua kawasan ni still terletak di kota TA. Cuma lain daerah, faham? Macam Kampung Sri Pandan dan Kampung Pasir Putih dalam daera Putatan tapi masih dalam Kota Kinabalu. Haa gituu...

Ds. Notorejo, Gondang
Di Pakel, aktiviti kami tidak kira pagi atau petang, mesti ke sawah. Sakai tengok sawah memang macam ni. 😆 Then, kalau teringin jajan kami ke Indomart atau cari batagor sama es kisar. 🙆 




Geng cari jajan a.k.a anak-anak untuk dijual 😂



Pakel mariii
Biarpun sawah disini kelihatan sama, tapi sebenarnya tidak sama. Haha. Antara sawah Pakel sama Gondang, lebih cantik di Gondang! Begitu jugalah sepanjang perjalanan disini semua view berbeza - beza. Lain perkampungan, lain tanaman. Ada kampung tanamannya padi, tembakau, jagung, tebu.


4. AKTIVITI
Sepanjang di TA aktivitinya lebih kepada silaturahim & ziarah keluarga/kenalan. Tapi ada jugak lah semestinya jalan-jalan sekitar TA & aktiviti wajib iaitu kuliner! 

- Reuni Keluarga Besar Bani Kun Zamharir
Kebetulan kami pulang, pas diadakan reunion ni for the first time ever. I was informed yang Mbah Kun Zamharir ni ialah moyang kami dari sebelah bapak ku. #BaruTahu 😂 Disinilah baru tau susur galur dan kenal sedulur 🤣🙏🏻 

Antara tentatif dia, bacaan doa & tahlil, kenduri makan, halal bi halal, cabutan bertuah (door prize) , karaoke dan semestinya acara silaturahim a.k.a acara ngobrol haha.


Ceritanya, Mbah Kun Zamharir ni ada 6 orang anak. Dan nenek kami ialah anak keenam. Dari nenek kami pula, ada 10 orang anak. maka terhasillah gambar dibawah hahahha. Ini baru 4 out of 10. Lagi 6 orang; 3 di Malaysia dan 3 di Jogja.

Pakel Clan


Yang menang door prize 😂
Uniknya disini, kalau ada acara seperti kenduri macam ini, kita mesti balik tanpa tangan kosong. Ada saja lauk atau berkat jadi buah tangan. Sudahlah sebelum tu ada dihidangkan lodho bebek (itik), apa lagi. Memang aku tapau berabisss wahahaha.



- Kampung Susu Dinasty, Gondang 



Kampung Susu Dinasty ni terletak di Kecamatan Gondang, TA. Kampung Susu ni ala-ala Desa Dairy Farm, Kundasang gitu lah. Cuma tolak padang rumput dan kawasan DESA lagi besar banding Kampung Susu.

Boleh dikatakan tempat wisata atau eko-pelancongan untuk orang lokal disitu.

Perjalanan menaiki motor ambil masa sekitar 10 - 15 minit

Pada mulanya, saya tidak tau pun tempat ni exist. Tapi asyik nampak signboard asal masuk simpang jalan Desa Notorejo. Macam menarik. Lagipun tempatnya tidak lah jauh dari kampung. Sekitar 2 - 3 km dari rumah. Jadi kami ke sini naik motor sahaja naik turun bukit layan angin petang. 😄




Notes:
* Kalau mau tengok lembu kena perah susu ada waktu tertentu kena datang, tapi lupa pula waktunya bila.
* Ada buah tangan dijual contoh susu & yogurt  pelbagai flavor sekitar Rp 7,000 - 7,500. Yogurt dia sedap cuma susu dia kurang kena dengan taste saya sebab manis.
* Ada fries & nugget juga dijual harga Rp 6,000/porsi. Mi Sedap Rp 7,000/cup.

Entrance Fees: Rp 5,000


- Waduk Wonorejo, Pagerwojo

Sepanjang Jalan ke Waduk

Jalan masuk ke Waduk

Terletak di Kec. Pagerwojo, TA. Waduk Wonorejo ni Bendungan atau empangan. Dikatakan ini ialah empangan terbesar di Indonesia. Ya jarene wong-wong... Waduk ini jadi sumber air masyarakat setempat, generate elektrik, sumber mengairi sawah-sawah & aktiviti pertanian dan perikanan.


Kawasan waduk ni juga jadi tumpuan orang ramai untuk berekreasi dan juga wisata. Ada juga hotel diatas bukit di kawasan Waduk ni.

Notes:
* Biasanya ada dikenakan tiket masuk. Tapi, waktu kami pergi, tiada pula.

Parking fee: Rp 2,000/motor.


- Ranu Gumbolo, Pagerwojo



Ranu Gumbolo ni sejalur sama Waduk Wonorejo. Jadi lepas dari Waduk kami langsung kesini. FYI, jalan kesini harus naik turun bukit yang ada sesetengah jalan yang aspalnya rosak. Dengan kami yang hanya naik motor?! 😆



Ranu Gumbolo ni pendek katanya ialah sebuah danau. Yang cantiknya ialah airnya biru-kehijaun. Lepastu ada Hutan Pinus nya gaez macam di Jogja gaez. Selain itu, ada rumah pohonnya juga ala-ala di Kalibiru. Ramai juga yang memancing dikawasan ini cuma yang sedihnya saking ramainya orang kesini, kebersihannya kurang terjaga. Dikawasan memancing, banyak orang buang sampah sembarangan! 😴

Parking fee: Rp 2,000
Entrance fee: Rp 5,000







- Alun - alun Tulungagung


Alun-alun ni ditengah kota TA. Ibaratnya macam tugu begitulah.. Kami pergi diwaktu malam kerana...saja mau tengok rupa TA diwaktu malam lol.

Notes:
* Diluar alun-alun, ada dijual jajanan, sempol, jagung bakar, bakso, pentolan, siomay, batagor, minuman.
* Untuk kanak-kanak, ada disediakan sewa modified scooter, activities macam magnetic sand dengan rate Rp 5,000 - 10,000 kalau tidak silap.
* Ada yang main skateboard dll. Typical activity tengah kota waktu malam...




5. KEDIRI 
Trip seterusnya kami ke Kediri untuk berziarah. Yang ini mungkin saya akan cerita di post lain lah okay. Post Kuliner pun mungkin saya akan buat dipost lain. Haha! 😆

Dan juga tidak ketinggalan highlight of the trip, Bromo Trip! 🌄 Bagi siapa yang belum baca sharing Bromo, boleh baca Trip saya ke Bromo:


6. TULUNGAGUNG - JOGJA
Kami spend masa di TA hanya sekitar 10 hari sahaja. Dan kami memang plan untuk balik dari Jogja kerana memang plan mau ke Jogja buat habisin wang lol. Dan juga ziarah family disana. Untuk part perjalanan ke Jogja saya rasa saya akan sambung di post seterusnya juga ya.


You May Also Like

0 comments

Disclaimer

*Consumers who use Herbalife Formula 1 twice per day as part of a healthy lifestyle can generally expect to lose around 0.5 to 1 pound per week. Participants in a 12-week, single-blind, study used Formula 1 twice per day (once as a meal and once as a snack) with a reduced calorie diet and a goal of 30 minutes of exercise per day. Participants followed either a high protein diet or a standard protein diet. Participants in both groups lost about 8.5 pounds.
*All product results in this blog are not typical. Individual result may vary
*All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.