Cara Main Kutu Dengan Diri Sendiri Di Maybank2U
Notes: Bukan untuk Wadiaah saving account
Ceritanya semalam di Twitter, @kewangangraduan ada share pasal "main kutu" boleh baca disini. Biasanya, main kutu ni dalam kumpulan yang kecil & bersama orang yang kita kenal. Dan aim dia lebih bersifat short-term goal contoh macam untuk beli periuk noxxa kah, iron Phillips, blender, food processor & macam - macam lagi.
Ada juga yang main kutu secara online atau dengan orang yang kita tidak kenal. Benda ni sekarang famous digroup - group whatsapp/facebook.
Tapi, risiko yang kita kena hadap pulak antaranya ialah:
- Dapat barang, orang lari
- Orang tidak mau bayar
- Kena tipu
So, untuk elakkan benda ni jadi. Ada cara lain sebenarnya. Tahukah anda, yang kita sebenarnya boleh main kutu dengan diri sendiri? Bunyi macam siok sendiri. 😂
Caranya, buat flexi saver plan/plan-i di M2U mengikut goal eg. travel, education, wedding, vehicle etc. Set amaun & tarikh 'kutu' dibuat. Paling lama boleh buat selama 5 hingga 10 tahun. Paling best boleh dapat return up to 1.5% p.a.
Syarat mau buat flexi saver ni kita kena ada personal saving account (PSA/PSA-i) dengan Maybank & maximum kita boleh set up up to 3 flexi saver plan sahaja. Tamat sahaja tenure yang kita set tadi, wang tabungan berserta % pulangan akan dikreditkan ke dalam PSA kita.
Benda ni sangat sesuai untuk short-term goal. Situasi yang biasa kita hadapi ialah time mau renew roadtax & insuran kereta, situasi kecemasan kereta breakdown. Mau beli wardrobe ikea baru. Mesin dryer baru. Ehem. Yang teringin pergi travel setahun sekali pun boleh buat tabung kutu siok sendiri ni. At least, tidaklah rasa berat sangat.
Antara kelebihan lain, cara menabung macam ni boleh sorok sikit duit kita secara 'legal' & ada rekod. Daripada simpan kat tabung pringles, gatal tangan mau korek. 👀😝
Step by Step
M2U VERSI LAMA:
1. Login ke M2U acc.
2. Pilih "Account & Banking"
2. Pilih "Account & Banking"
3. Pilih "Setup flexi saver plan/plan-i"
4. Masukkan details :
- Tenure
- Amount
- Purpose
- Effective date (tarikh setiap bulan yang anda mau wang dalam akaun utama ditolak & dikreditkan ke dalam akaun flexi saver)
5. Klik "continue' & "confirm"
6. Siap.
UNTUK VIEW FLEXI SAVER ACCOUNT:
1. Pilih "Maybank one solution"
2. Account enquiry
3. Pilih flexi saver plan account yang anda mau view
4. View account details & Go
Rasa macam malas - malas sudah mau main. Boleh close account bila - bila masa anda suka. Available balance yang ada akan dikreditkan secara automatik ke dalam personal saving account anda. Tiada risiko tertipu, ditipu & menipu.
Update: untuk Close Account sebelum tamat tenure yang ditetapkan, anda akan dikenakan penalty charges sebanyak RM 20.
M2U VERSI BARU:
Update: Untuk account PSA/PSA-i, anda tidak akan dapat buat thru M2U versi baru dengan cara create goal ni. Sebab saya dah cuba, tak dapat. Maybe untuk account holder jenis lain boleh cuba create goal guna M2U versi baru ni kot kalau M2U lama tak dapat setup flexi saver account.
1. Login
2. Klik "Create goal" di homepage
3. Pilih
- Category
- Goal name
- Commitment (boleh set by monthly amount atau by duration)
A. BY MONTHLY AMOUNT
- Letak "goal amount" e.g. RM 1200
- First deposit
- Monthly amount. If letak RM 200, automatik duration diperlukan hanya 6 bulan. If RM 100, automatik 12 bulan and so on.
- Set "starting date for deduction"
By monthly amount |
B. BY DURATION
- Letak goal
- First depo
- Letak duration (up to 120 bulan/10 tahun)
- Set effective date
- "Monthly amount" dia auto kira from duration yang kita enter. If kita letak 60 bulan means monthly akan jadi RM 20. If letak 120 bulan macam dibawah, monthly amount akan jadi RM 10.
By duration |
Tapi kalau ada cash yang lebih banyak bolehlah buat FD atau kalau mau main long-term boleh buat ASBF.
Pendapat peribadi, untuk short-term goal sesuai sangatlah buat macam ni. Untuk goals yang lebih besar & perlu banyak duit macam kawin, rumah, haji, deposit kereta & lain - lain tu better simpan/labur dalam medium yang offer higher return contohnya:
- ASB
- TH
- UT
Sebab bagi saya macam terlalu sayang untuk keluarkan duit dari 3 benda ni untuk benda - benda yang kecik. Biar duit compounding diam - diam didalam lagi bagus. Sedap sikit mata memandang. 😋
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
20 comments
Saya ade buat goal savings plan mase buat akaun maybank. Kerani bank tu cakap potong 50 ringgit dalam mase 5 bulan pastu dapat balik 600 ringgit dalam bulan yg ke 5....saye cek akaun bank x masuk pun 600 ringgit...labun je lebih maybank ni hmmm...
ReplyDeleteHumm... Macam mana tu potong RM50/bulan boleh jadi 600 dalam 5 bulan?? Patutnya 250.. :')
Deletesama juga saya simpan sebulan rm10 inggit cukup 6bulan kerani maybank cakap akan dapat 1000inggit tapi tak dapat pun 1000 yang dapat 60inggit ja ini boleh mendatangkan kemarahan
Deletehahahahah
Deletebagus gile info ni...thanks for sharing
ReplyDeleteYou're welcome. Selamat mencuba . :)
Deletehai nak tanya sikit kalau boleh batal bila bila masa pun susah juga nak simpan bimbang tak sampai 3 bulan duk kalut nak remove gsp itu yang rugi kalau pihak maybank tak bagi cancel kan bagus
ReplyDeleteHi. Kalau nak cancel before habis tempoh yang kita set tu (contoh: setahun) dia akan charge kita RM20. Yang ni ikut yang saya pernah try buat.
Deletetak jugak...saya dlu ngam setahun dia potong juga...mmg cas pun
Deletemacam mana ea nak close akaun kita tu sebelom tempoh matang?
ReplyDeleteflexi saver plan sudah tiada ke? saya ikut cara cik...
ReplyDeleteMasih ada di maybank2u version lama. Tapi bergantung kepada jenis akaun juga. Bukan semua akaun boleh apply flexi saver. Kalau tak dapat apply flexi saver, boleh cuba cara "create goal" dekat maybank2u versi baru pula.
Deletesy cuba utk create goal , tp asyik decline
DeleteNak tanya,flexi saver saya takda,tp saya ada yg mcm create goal tu. Fungsi sama kh? Duit hanya akan dpt di ambil pada tarikh matang?
ReplyDeletetak jugak rasanya..boleh stop immediately...
Deletesaya ada buat..dia potong rm20.oo...dividen dia best jugak...cuma mana yang dah advance maybank2u...patah balik back to maybank2u classic...mesti jumpa semula flexi saver plan i...
ReplyDeleteHi nak tanya. Jika every month, dorang deduct pada 3hb. Untuk yang bulan terakhir, maybank masih tolak juga ke? dan bila duitnya akan nampak pada account?
ReplyDeleteSy baru start daftar create goals..cuma x thu cmne ye nk kuarkn..adakn sma dgn debit kad?n cmne Kita nk check jumlah dia.bleh ke kalau nk remove account tu?help me😌
ReplyDeleteContoh, dah cukup tempoh 12 bulan, semua duit auto dikreditkan ke?
ReplyDeleteBila duit tu dia akan masuk kan semula dlm akaun kita
ReplyDelete