Cara Link Akaun Tabung Haji & Maybank2U
Assalamualaikum gezzz.
Sekarang ni musim-musim orang berangkat ke haji gaez. Rasa bersemangat lah pulak untuk kerja keras menabung gaez penuhkan tabungan haji. Tapi, sebelum tu jangan lupa untuk buka akaun TH & daftar haji ya. Dengan hanya RM1,300 anda sudah boleh mendaftar haji. Tahun berapa itu Insya Allah rezeki sihat, umur panjang, Insya Allah bila-bila akan dijemput tapi yang penting kita daftar dulu k!
So, dalam post kali ini aku mau share macam mana cara gunakan function 'Tabung Haji' di M2U kita.
Sebelum kita gunakan function ini secara online, terlebih dahulu kita kena daftarkan akaun TH kita di mana-mana ATM Maybank terdekat.
CARA-CARA
1. Pastikan anda membawa buku akaun TH anda ke mana-mana ATM terdekat
2. Masukkan kad ATM & pin
3. Pilih menu 'Tabung Haji (TH)' pada skrin utama
4. Pilih 'Tabung Haji'
5. Pilih 'Daftar Akaun TH Ke ATM Kad'
6. Masukkan nombor akaun TH anda seperti yang tertera didalam buku akaun TH anda
7. Masukkan No Siri Buku (terdapat di muka surat paling belakang untuk buku baru)
Selesai! Senangkan?! Lepastu kita boleh direct guna di Maybank2U. Boleh check balance, boleh transfer fund ke own TH akaun atau akaun TH lainnya.
0 comments