Tips ke Hong Kong - Macau

by - March 19, 2019


Assalamualikum Gezzz

Seperti yang dijanjikan. Tips mengenai HKG/Macau bersambung di post ini. Jadi, di sini aku cuba  kongsikan sedikit info based on pengalaman aku yang tidaklah seberapa ini. Bagi yang belum berkesampatan baca itinerary HKG - Macau, boleh baca dipost sebelum ini. Harap membantu. Semoga bermanfaat!


ABOUT HONG KONG
Sebuah special administration region means dia ada administrative sendiri. Separate from China mainland. Consist of three main area; Hong Kong Island, Lantau Island, New Territory & Kowloon Area. People speak cantonese chinese. Boleh dikatakan berbilang bangsa lah ramai westerners kerja sini. Indian with HKG citizenship pun ada. 

TRANSPORT
Hong Kong bagi aku adalah antara negara yang terbaik public transportnya. Sangat mudah untuk kita access attraction places yang ada di HKG hanya dengan menaiki public transport & jalan kaki 😜. So, sangat recommended untuk;

1) Get 'on loan Octopus Card' HKD150
HKD50 deposit + HKD100 pre-load. Refundable upon return. Boleh dapatkan di customer service      counter di mana-mana stesen MTR. And it offers cheaper fare jugak compared to single fare ticket yang kita beli di MTR ticket machine. Boleh guna for bus, MTR, ferry pier, ding-ding tram & beli-beli. Tapi time kami pegi, kami tidak beli pun octopus card since kami jalan waktu malam ja & tour under company naik bus. So kami hanya beli single fare ticket sahaja. Those yang plan travel to HKG sendiri aku recommend beli lah octopus card ni.

2) Master the MTR route
Boleh ambil map MTR or download app 'MTR mobile' siap-siap. Mau pegi mana-mana memang MTR paling senang jawapnya.

Line yang famous biasanya yang digunakan traveller ialah line Kennedy Town - Chai Wan (Blue), Tsuen Wan - Central (Red) & Tung Chung - Hong Kong (Orange). Kami sendiri banyak gunakan line biru & merah. 

3) Jalan kaki
Going around HKG memang wajib kena banyak jalan kaki. Sepanjang kami disana sehari buruk-buruk pun ada dalam 7KM jalan kaki.

4) Ferry Pier
Kalau anda stay sekitar HKG Island dan mau ke sebelah Kowloon side. Boleh try naik ferry dia okay. Boleh ambil ferry di Wan Chai Ferry Pier dan menuju ke Starr Ferry Pier. It costs only HKD2.70 untuk single journey.

5) Ding-ding Tram
Tram ni ialah mode of transportation yang tertua di Hong Kong dan tram ni hanya ada di bahagian HKG Island sahaja. Tambang dia pulak kalau menurut group FB BBM ialah around HKD2.50 ++ macam tu. Tapi sayangnya kami tidak sempat naik haritu.

6) Bus
Bas dia dua tingkat dan mode bayaran dia gunakan octopus card. Sewaktu kami dari Star Ferry Pier ke Ladies Market. Since kami tiada beli octopus card kami hanya bayar by cash. Downside part of when you pay by cash ni dia takkan return any balance. Means if tambang HKD7.20 if you give HKD10 then balance tu hangus lah. Best part ialah bas dia ada USB port boleh lah charge phone wahahah.


MAKANAN
Bagi yang Muslim, kita sangat concern kalau pasal 'halal food'. Di Hong Kong, makanan halal agak senang jugak untuk didapati. Tapi kena hati-hati ja. Before pegi boleh check dulu list of halal certified food in HKG. Another option ialah vegetarian Indian food. Actually, banyak tempat yang ramai orang recommend di group BBM. Tapi antara yang sempat kami pegi ialah;

No photo description available.
Chicken Ginseng Set (Explorer's Club)
1) Hong Kong Disneyland $$$
Ada dua tempat halal certified cafe; Tahitian Terrace (Adventure land) & Explorer's Club (Mystic Point). Harga makanan pula of course mahal average RM70/set meal. Portion boleh share 2 orang. Tapi aku beli dekat klook dengan harga yang lebih murah & berbaloi! Later I"ll explain.

2) Masjid Ammar, Islamic Center Canteen $$
Turun di MTR Wan Chai & naik tram (Tonnochy Road stop) OR jalan kaki 700m from MTR Wan Chai. Yang paling famous disini ialah dim sum dia. TAPI, kalau mau mkan dim sum disini kena datang BEFORE 3PM. Jangan macam kami. Datang jam 7 memang tinggal leftover dim sum pukul 3 ja kami dapat. Haha. But still okay.
  

3) Ma's Restaurant, Cham Sheu Wan Road $$
Turun di MTR Prince Edward. Menu WAJIB disini ialah veal goulash (HKD44/2pcs) & lamb dimsum nya. SEDAP. Harga makanan disini pun averagely cheaper than other makan place di HKG. 

No photo description available.
Veal Goulash

Image may contain: 1 person
Ocean Park map
4) Ocean Park $$$$
Ada few places yang halal certified di Ocean Park tapi kami cuma makan di Ocean Cafe sahaja. Sebelah The Abyss giant drop. 

No photo description available.
Ala-ala kue teow goreng daging gitu gais


No photo description available.
5) Warung Barokah, Senado Square, Macao $
Yang ni memang time tu kami kelaparan and tidak jumpa place to eat. Tiba-tiba satu indonesian guy approach kami kasi tunjuk Warung Barokah. So, makanlah kami disini.


Fish Masala & Pulau Rice
Fish Biryani & Tandoori Momo
6) Momo N Curry (Depan Grand City Hotel) $$$
Yang ni Indian & vegetarian restaurant. Tapi kami order fish briyani & vegetable momo ja. 


7) Lord Stow's Portuguese Egg Tart
Berdasarkan info yang aku baca ini antara Portuguese Egg Tart yang famous di Macau ni. Sedap dimakan time masih panas-panas. Kami beli ni waktu kami di The Venetian. Harganya HKD/MOP65 (6pcs)


ATTRACTION PLACES
Kalau mau pegi semua dalam 5 hari trip memang tak cukup. Tapi boleh focus on your interest and kesusaian masa. Antara tempat boleh pergi;

  • Hong Kong Disneyland
  • Ocean Park
  • Ladies Market
  • Temple Street Night Market
  • Stanley Market
  • Ngong Ping Cultural Village & cable car 360
  • Tian Tan Buddha
  • Victoria Peak
  • Dragon's Back
  • Avenue of Stars/Symphony of Light
  • The Venetian (Macau)
  • Ruins of St. Paul's (Macau)
  • Senado Square (Macau)
  • Macau Tower (Macau)
  • Macau Fisherman Wharf
  • Taipa House Museum
  • City of Dreams

WEATHER
Weather mid-March is windy & chilly, just nice. Not too hot & not too cold. Ada sehari hujan ja. Lain hari okay. Thin jacket should be okay. 


CURRENCY
In HKG guna HKD. Di Macau guna MOP. HKD still accepted in Macau BUT MOP is not accepted in HKG simply because MOP is lower than HKD.


APPS BERGUNA

No photo description available.

Antara maps berguna yang memang aku guna sepanjang disana ialah;

1) Klook.

  • Beli meal set di Disneyland guna Klook. Normal Price RM72 tapi bila sign-up dapat RM15 discount for first time user. Untuk 1 meal worth HKD149. Lebih dari amount ini, kena top up duit. Then, dapat complimentary snack; popcorn OR frozen lolipop. Kalau beli on-site lagi mahal & tak dapat free snacks. POPCORN DIA SEDAP! Dapatkan RM15 diskaun bila anda sign-up Klook di sini
2) BigPay
  • Top up siap-siap lah from Malaysia. Sampai sana tinggal guna. Lower currency exchange rate. Dijamin. 
  • Tips menggunakan BigPay di luar negara ialah ALWAYS bayar guna LOCAL currency. Macam dekat Disneyland, aku beli mug dia dekat merchandise store dia then amoi cashier tu tanya mau bayar guna MYR or HKD. Aku pi kata guna MYR time tu nda tau lagi 😴 Sekali ibalik aku kira-kira untung lagi kalau bayar guna HKD. wahahah. Maklumlah first time guna di oversea... Sakai jap. 
                                 

Boleh baca cara nak dapatkan BigPay card di sini


3) MTR Mobile
  • Dia siap-siap bagitau route & MTR line mana patut kita ikut. Exit mana patut kita keluar & fare rate untuk adult/child/elderly etc. 
4) Hong Kong Disneyland
  • Download app ni untuk lebih update show time, parade, interactive map. 
5) Google Maps/Offline Map
  • Supaya tak sesat jalan of course.

Image may contain: text that says 'Book thru Klook for RM27 RM27 4G valid for 5days. Present voucher and and redeem at Terminal A counter A13. 3.Got activated immediately. ¥es ICBC фපිෂර Use code DF8EH to get RM15 off for for ur first book'

TELCO
Aku malas mau fikir cari simcard apa best so beli siap-siap dekat Klook jugak senang hidup cuma RM27. Jangan lupa sign-up Klook disini nanti dapat RM15 discount okayyy



LAIN-LAIN

1) Jamban dia tiada air. Bawaklah botol kosong kehulu kehilir bila masuk tandas isi lah botol ituu gituuu.

2) Shopping di Ladies Market ko kena pandai bargain. BARGAIN lah sehabisnya selagi boleh. 

3) Symphony of Light start jam 8 sharp & last for 10 minutes sahaja. Lambat, melepas. Tengok dari Avenue of Stars.

4) Di Ocean Park, explore dulu bahagian The Summit sebab the summit ni besar and banyak ride yang best-best. 

5) Bajet untuk makan + shopping aku suggest bawak RM500 ke atas kalau mau selamat. Kalau mau jimat makan, bawak makanan tin, mission wrap dari rumah better.

6) If pergi Macau i think sehari cukup. Kalau mau masa lebih better 1D1N lah.


Itu sahaja lah setakat ini. Harap perkongsian yang tidak seberapa ni dapat membantu. ✌😀

You May Also Like

0 comments

Disclaimer

*Consumers who use Herbalife Formula 1 twice per day as part of a healthy lifestyle can generally expect to lose around 0.5 to 1 pound per week. Participants in a 12-week, single-blind, study used Formula 1 twice per day (once as a meal and once as a snack) with a reduced calorie diet and a goal of 30 minutes of exercise per day. Participants followed either a high protein diet or a standard protein diet. Participants in both groups lost about 8.5 pounds.
*All product results in this blog are not typical. Individual result may vary
*All statements in this blog have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
*This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.