5 Sebab Kenapa Berat Badan Anda Susah Nak Turun
Assalamualaikum...
Dah cuba macam - macam cara turunkan berat. Dah cuba macam-macam tips kurus viral untuk turunkan berat badan. Tapi, masih tak berjaya jugak?
Mungkin anda masih buat point-point di bawah ni. Cuba tengok point yang saya sebutkan ni. 👇👇👇 Mungkin ini antara penyebab berat badan anda tak turun-turun walau apa cara dah dibuat.
1. MASIH SUKA MINUM MANIS
Benda manis-manis cupcake, kuih, air boba viral ni semua memang sedap. TAPI, bila kita dalam usaha nak turunkan berat badan tapi masih amalkan pengambilan gula tambahan ni. Kadang itu yang menyebabkan berat susah atau tak turun langsung!
Cara paling baik, gantikan air manis dengan air kosong. Air kosong = 0 kcal. Dah boleh 'jimat' banyak kat air sahaja!
2. MASIH MAKAN SNEK TINGGI GULA
Masih suka makan kuih-muih on a daily basis. Malaysia ni banyak kuih sedap-sedap & bermacam jenis kan? Pastu time sarapan kita suka sangat makan kuih dan tak cukup sebiji. Ada kah orang makan kuih sebiji ja? 👀 Sudahlah sedap-sedap kan.Kalau tak makan kuih pun, waktu minum pagi dan minum petang tu kita suka cicah biskut dengan air manis. 😂 Oh ya. Biskut Oat yang ada dipasaran tu tak bermakna oat = biskut sihat ya. 😊😇
3. MAKAN SNEK TINGGI GARAM & MAKANAN BERPROSES
Suka makanan berproses; nugget, sosej, makanan bertin, fishball, fishcake, kentang frozen dan sejenis dengannya.
Suka makan kudap-kudap kerepek, jajan makanan ringan.
4. BUAT DIET EXTREME
Biasanya, ramai orang yang nak turunkan berat badan mempunyai tanggapan yang salah tentang pemakanan sihat. Contohnya kena makan spesifik jenis makanan, spesifik jenis beras, spesifik jenis lauk, cara masakan yang 'strict & clean'. Ada juga yang ingat kena berlapar, puasa sepanjang hari.
Ada ingat kena makan telur saja, makan buah saja. Atau kena liquid diet sahaja. Semua ni tanggapan yang kurang tepat. Dan ramai lah yang pilih jalan pintas & tergesa-gesa nak result cepat.
Akhirnya, hanya mampu buat sekerat jalan sahaja.... Sayangkan? Tak perlu extreme kalau nak turunkan berat badan ya.
5. MAKAN BERLEBIHAN DARI KEPERLUAN BADAN
Kena ambil tahu keperluan badan. Kalau kapasiti badan hanya PERLU makan 1500 kcal sahaja, then makanlah mengikut keperluan. Kalau keperluan 1500 kcal, tapi makan 1700 kcal hari-hari ini yang sebabkan NAIK berat badan.
Rasanya ada tak antara 5 point di atas anda masih buat?
5 tips turun berat badan dengan mudah
Program FREE Coaching Turun Berat Badan 30 hari
******************************************************************
Untuk pendaftaran Program Kurus 30 Hari Online, Klik SINI
Dapatkan produk Herbalife Online DI SINI
Follow Instagram untuk update terkini Program SuriKurus 30 hari