Cara Redeem Tiket Flight AirAsia Menggunakan BigPoint
Pada hujung September lepas, AirAsia ada mengadakan AirAsia BigSale Free Seat untuk lebih 6 juta tempat duduk. Anda hanya perlu bayar airport tax & service charge sahaja.
So, dikesempatan AirAsia BigSale kali ini. Alhamdulillah aku berjaya redeem 1 ticket KUL - SUB menggunakan BigPoint. Disini aku share macam mana cara mau redeem ticket dengan menggunakan BigPoint. Semoga bermanfaat!
CARA REDEEM BIGPOINT AIR ASIA
1. Install AiraAsia BIG app & log in. Kalau belum ada, boleh sign-up dahulu.
2. Klik icon "redeem flight" & pilih origin, destination & tarikh penerbangan sama ada one-way atau return.
3. Waktu aku redeem tu, untuk destinasi KUL - SUB adalah serendah 500 points one-way. Aku cepat-cepat klik sebab takut terlepas. 😂 Since redeem pakai BigPoint ja, aku pun add-on lah luggage 20 KG dan meals sekali.
4. Bila sudah siap masukkan passenger details dan proceed to payment. Nanti dia akan total including tax, service charge & add-ons. Proceed to check out. Dia akan display berapa total point yang diperlukan untuk redeem tiket yang anda pilih tadi.
Kalau point tak mencukupi, tidak apa. Relax. Boleh adjust mau top-up cash payment berapa mengikut bajet anda. So the remaining balance, dia akan deduct daripada point.
Contoh |
Aku memang sengaja beli one-way KUL - SUB sahaja. Sebab untuk return flight nanti aku plan dari tempat lain.
Untuk mengumpul lebih banyak BigPoint, aku gunakan BigPay dan anda boleh install BigPay app DAN satu cara lagi aku gunakan untuk kumpul lebih banyak BigPoint adalah dengan menggunakan YouGov. Boleh baca cara mau sign up YouGov di sini
Happy travelling dan Semoga membantu!
0 comments